Sunday, January 27, 2013

2013

2013 memberi sebuah lagi pintu peluang utk aku meningkatkan kualiti hidup, syukur masih lagi Allah redha utk memanjangkan umur ini saat dunia sekarang dah mula makin menghimpit, nilai kemanusiaan makin berkurangan, nilai duit semakin mengecil, semua keperluan asas hidup mula terhad, politik makin bangsat dan pemimpin lebih suka berkelahi walau dengan insan seagama. tgk semua ni, macam dah hampir dengan kiamat. 

2013, dah hampir 3 bulan aku bekerja di semenanjung sejak kali terakhir bekerja di sabah negeri bawah bayu, hari hari nampak macam biasa, semua macam rutin, betul ke yang hidup ni telah ditetapkan seperti yang dikehendaki pihak tertentu? manusia hanya ikut pada jadual yang ditetapkan untuk bekerja seperti robot dari 8 pagi sampai 5 petang? makin jelas lak teori ni, menyeramkan pulak bila fikirkan balik. aku rasa hidup kerja ni kita kena kreatif, kena cari jalan sendiri nak hiburkan hati, cari ketenangan, cari tujuan hidup. hujung minggu kepala ligat berfikir apa nak dibuat supaya x sama macam hujung minggu yang sebelumnya, the game is on! tapi kalau tetap lebih kurang sama atau lagi teruk, kira failed la lu pojan. kalau dapat buat sesuatu yang baru, semangat nak kerja tu datang pada hari isnin esoknya.

ok, malas nak taip lagi, aku combine terus mukadimah dengan penutup supaya ringkas, haha. gua pemalas. ok bai.

*jap jap. aku baru perasan betapa mudanya muka aku kat pic profile ni. siap ada shape lagi kat bawah pipi, style broo.. skang dah xde shape, bulat je. isk shame on u pojan. adoiyai

Friday, July 2, 2010

My name is pojan and i’m not a terrorist!


Aku seorang lelaki yang normal, sihat walafiat dan semoga kesihatan ini dilanjutkan sehingga ke akhirnya, bertubuh saiz sederhana dengan tinggi tak lebih dan tak kurang macam david beckham, saiz kasut 10, baju sendat dalam saiz m dan sesuai dalam saiz l, seluar saiz 32 kalau menarik nafas dan kadang2 boleh mencecah sehingga ke saiz 34 sekiranya menghembus nafas, sungguh dinamik perot aku. Rambut lurus namun mengembang, kalau x disikat rapi persis abu bakar ela dan itulah antara sebabnya sikat kecik sentiasa rapi di poket belakang seluar. Okey la kot setakat ni je keadaan fizikal yang boleh aku ceritakan, takkan lah pasal kedudukan tahi lalat yang melata kat tubuh aku pun nak aku sebut, segan la kan. Tu kira bagus lagi, kalau aku ceritakan semua tibe2 korang muntah, tak ke haru tu.

Tempat tinggal aku adalah di bumi bertuah johor yang terletak paling selatan tanah besar semenanjung malaysia dengan kepadatan kelapa sawit yang tinggi di samping ciri2 tinggalan sejarah yang masih ada seperti longkang2 yang pecah, bangunan sekolah, pejabat pos, pasaraya moh heng dan sebagainya,haha.

Aku dilahirkan dalam keadaan suasana masih sunyi, gelap, dan sejuk.. bunyi sayup2 kipas bilik berputar dengan perlahan, bunyi getaran oleh cicak menyahut nyahut antara spesiesnya.. aku ingin keluar! aku ingin hirup udara segar dunia! aku ingin lihat cahaya! aku ingin bebas! Akhirnya aku keluar dengan niat sampingan ingin mengejutkan kedua orang tuaku bersahur, dan ianya ternyata berjaya apabila aksi menjengah kepala yang aku lakukan telah meriuhkan suasana keluarga aku pada pukul dua setengah pagi sehinggalah ke bilik bedah. Setelah aku dewasa barulah aku sedar yang pada waktu itu masih belum masuk bulan ramadahan, dan ia benar2 membuatkan aku rasa insaf bahawa bukan semua yang kita rancang boleh berjalan dengan lancar.(mana ada kalendar kan dalam tu) haha. bang bang boom~!

Tarikh : 11 March 198*

Masa : 2.30am (agak2)

Tempat : Hospital Besar Pontian, Johor

Berat : Berat seorang bayi

Jantina : Lelaki

Wednesday, June 30, 2010

Mukadimah kata...

BLOG yang aku cipta adalah satu pentas untuk aku luahkan segalanya, impian, persahabatan, cinta, kerjaya, pendapat, isu, dan segalanya. Aku adalah manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan dosa, impianku adalah satu, menjadi manusia yang bahagia di jalan yang di redhaiNya.

Persekitaranku adalah abstrak yang boleh berubah mengikut dimensinya yang tersendiri, mampu berubah menjadi halangan yang penuh duri, mampu menjadi kebahagiaan yang dicari, mempunyai beribu sudut yang misteri.

Aku adalah watak dalam dunia ini, mencari serpihan2 misteri yang perlu diselesaikan untuk menuju satu jawapan yang aku belum pasti. Pahala dan dosa berada di bahuku, setiap perbuatan yang aku lakukan memberi kesan ke atas jumlahnya yang menjadi penentu tempat ku kelak, abadi~. Semoga iman yang masih ada menjadi petunjuk hala tuju yang akan ku bawa diri ini, mencari erti hidup dalam kembara meniti dunia yang perlu dibezakan antara realiti dan fantasi. Aku yang menentukan pilihanku, moga yang terbaik akan menjadi milikku satu persatu~