Aku seorang lelaki yang normal, sihat walafiat dan semoga kesihatan ini dilanjutkan sehingga ke akhirnya, bertubuh saiz sederhana dengan tinggi tak lebih dan tak kurang macam david beckham, saiz kasut 10, baju sendat dalam saiz m dan sesuai dalam saiz l, seluar saiz 32 kalau menarik nafas dan kadang2 boleh mencecah sehingga ke saiz 34 sekiranya menghembus nafas, sungguh dinamik perot aku. Rambut lurus namun mengembang, kalau x disikat rapi persis abu bakar ela dan itulah antara sebabnya sikat kecik sentiasa rapi di poket belakang seluar. Okey la kot setakat ni je keadaan fizikal yang boleh aku ceritakan, takkan lah pasal kedudukan tahi lalat yang melata kat tubuh aku pun nak aku sebut, segan la kan. Tu kira bagus lagi, kalau aku ceritakan semua tibe2 korang muntah, tak ke haru tu.
Tempat tinggal aku adalah di bumi bertuah johor yang terletak paling selatan tanah besar semenanjung malaysia dengan kepadatan kelapa sawit yang tinggi di samping ciri2 tinggalan sejarah yang masih ada seperti longkang2 yang pecah, bangunan sekolah, pejabat pos, pasaraya moh heng dan sebagainya,haha.
Aku dilahirkan dalam keadaan suasana masih sunyi, gelap, dan sejuk.. bunyi sayup2 kipas bilik berputar dengan perlahan, bunyi getaran oleh cicak menyahut nyahut antara spesiesnya.. aku ingin keluar! aku ingin hirup udara segar dunia! aku ingin lihat cahaya! aku ingin bebas! Akhirnya aku keluar dengan niat sampingan ingin mengejutkan kedua orang tuaku bersahur, dan ianya ternyata berjaya apabila aksi menjengah kepala yang aku lakukan telah meriuhkan suasana keluarga aku pada pukul dua setengah pagi sehinggalah ke bilik bedah. Setelah aku dewasa barulah aku sedar yang pada waktu itu masih belum masuk bulan ramadahan, dan ia benar2 membuatkan aku rasa insaf bahawa bukan semua yang kita rancang boleh berjalan dengan lancar.(mana ada kalendar kan dalam tu) haha. bang bang boom~!
Tarikh : 11 March 198*
Masa : 2.30am (agak2)
Tempat : Hospital Besar Pontian, Johor
Berat : Berat seorang bayi
Jantina : Lelaki
No comments:
Post a Comment